IlhamZahrah Printing

Selamat datang ke laman blog rasmi IlhamZahrah Printing [IlhamZahrah@Biz]. Nikmati perkhidmatan percetakan terbaik dan eksklusif hanya daripada kami. -Your Printing World-

Banner dan Streamer

Promosi bulan ini sahaja. Iklankan perniagaan anda dengan menggunakan streamer atau banner dan dapatkannya dengan harga runtuh di sini!!!

Business Cards

Serlahkan kredibiliti anda dengan business cards yang menarik dan eksklusif hanya di IlhamZahrah Printing. -Your Printing World-

Corporate Folder and Bookmark

Fail korporat elegan dan bergaya untuk syarikat anda. Sesuai juga bagi program atau seminar-seminar motivasi. Eksklusif hanya di IlhamZahrah Printing. -Your Printing World-

Wedding Cards

Inginkan kad kahwin yang eksklusif tetapi murah? Tempahlah kad kahwin anda segera hanya di sini!!!

Tuesday, 13 December 2011

Minda Jutawan Trump Sebagai Usahawan (Episod 1)

www.majalahniaga.com

Trump mencatatkan  di dalam bukunya Trump : Think Like A Billionaire,
“ Di dalam dunia yang mempunyai enam bilion manusia, hanya terdapat 587 bilionair. Ia adalah sebuah kelab yang amat eksklusif. Adakah anda ingin menyertai kami?”

Berbicara tentang ikon dunia bernama Donald J. Trump ini, pasti tidak dapat dipisahkan dengan kekayaan dan status beliau sebagai seorang jutawan bertaraf bilionair. Sesuai dengan kedudukan beliau sebagai salah seorang ikon dunia dalam perspektif kekayaan dan jutawan.

Maka, musim kedua artikel pengkajian Donald Trump akan berkisar tentang minda beliau sebagai seorang jutawan, dalam sudut sebagai seorang usahawan. Bertepatan dengan konsep Majalah Niaga yang ruang lingkupnya adalah keusahawanan dan perniagaan.

Usahawan Tidak Semestinya Jutawan

Diketahui umum, menjadi seorang usahawan adalah antara jalan terbaik untuk seseorang itu menikmati kebebasan kewangan, dengan kaya-raya serta mencapai status seorang jutawan. Namun begitu, menjadi seorang jutawan bukan keutamaan apabila seseorang itu memulakan kehidupan sebagai seorang usahawan.

Namun, tanpa sedar dan secara tersirat. Keinginan menjadi seorang jutawan pasti terselit jua di sudut hati.



Jurulatih kewangan peribadi nombor satu dunia, Robert Kiyosaki turut meletakkan mereka yang bergelar seorang usahawan sebagai seorang jutawan pada masa hadapan, jika menepati syarat kuadran B (Perniagaan Besar).

Malahan, Kiyosaki dalam bukunya Rich Dad’s Cashflow Quadrant: Guide to Financial Freedom turut menegaskan, mereka yang bekerja makan gaji iaitu kuadran E dan bekerja sendiri di kuadran S kurang berpotensi menjadi seorang jutawan dengan kebebasan kewangan, berbanding mereka yang berada di kuadran B.

Malangnya, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Ramai yang menceburi bidang keusahawanan akhirnya berakhir dengan kemelaratan hidup akibat hutang-piutang, kehabisan modal, tergadai seluruh harta benda dan sebagainya. Lebih malang lagi, sampai ada yang bercerai-berai akibat kemelaratan hidup.

Akibat Gagal, Mereka Menyalahkan Bidang Keusahawanan

Kesan jangka panjangnya, ramai yang menyalahkan bidang keusahawanan menyebabkan mereka hidup semakin susah. Jika sebelum ini mereka bekerja dan menikmati gaji setiap bulan. Kini, keadaan jauh berbeza. Hidup semakin melarat apabila wang semakin sukar diperolehi.

Setiap penghujung bulan, tiada jaminan wang akan diterima tetapi yang pasti, banyak wang yang diperlukan untuk menyelesaikan segala pembayaran wajib seperti sewa premis, gaji kaki tangan, hutang piutang dengan pembekal dan sebagainya.


Jika begitu, bagaimanakah seseorang itu mampu menikmati kebebasan kewangan dengan hidup sebagai seorang usahawan?

Mengapa pula, sebahagian besar mereka yang melibatkan diri sebagai seorang usahawan gagal menikmati kebebasan kewangan. Sebaliknya, semakin melarat hidup yang dilalui?

Ada juga yang mempersoalkan kenapa perniagaan yang dijalankan membawa dirinya kepada kegagalan, meskipun segala teori dan pratikal menjalankan perniagaan yang diberikan telah diikuti sebaik mungkin.
Jika ini yang berlaku kepada seorang usahawan. Mungkin tiba masa untuknya merenung kembali program yang terdapat dalam minda bawah sedarnya.

Menguruskan Minda Separa Sedar Usahawan

Apakah perisian-perisian yang telah dimasukkan ke dalam minda separa sedar sehingga wang tidak mahu mendekati diri?

Kebanyakan usahawan tidak sedar, mereka telah memasukkan perisian-perisian yang salah ke dalam program minda separa sedar mereka. Lantas, minda separa sedar mereka bertukar menjadi minda kemiskinan, bukannya minda jutawan. Contoh perisian-perisian yang salah dan bertentangan dengan matlamat itu  adalah saranan-saranan berbaur negatif seperti:
“Untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya, kita harus gagal terlebih dahulu”
“Sudah lumrah, setiap jutawan akan mengalami kemiskinan yang sangat teruk sebelum mengecapi kekayaan”
“1/10 dari perniagaan yang baru bermula akan mengalami kegagalan. Itu perkara biasa untuk semua usahawan”
“Dua tahun terawal perniagaan merupakan detik penentu kejayaan atau kegagalan sesebuah perniagaan. Jika anda dapat bertahan selepas dua tahun, itu petanda baik perniagaan anda akan berdaya maju”
 Saranan-saranan sebegini sudah biasa dilafazkan, baik secara luaran atau dalaman oleh seseorang usahawan. Ini terjadi kerana kata-kata di atas selalu dijadikan azimat oleh pakar motivasi, sejak zaman-berzaman untuk mendorong kejayaan seorang usahawan.

Persoalannya, benarkah begitu? Mengapa peratusan kegagalan menikmati kebebasan kewangan yang melibatkan keusahawanan sentiasa tinggi?

Jawapannya kerana saranan-saranan motivasi itu merupakan satu bentuk arahan yang diterima oleh minda separa sedar, agar ia bekerja dengan matlamat mencapai apa yang terkandung di dalam saranan tadi. Apakah yang terkandung dalam saranan itu tadi? Mari kita perhatikan bersama-sama.

1. ” Untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya, kita harus gagal terlebih dahulu”
2. ” Sudah lumrah, setiap jutawan akan mengalami kemiskinan yang sangat teruk sebelum mengecapi kekayaan
3. “1/10 dari perniagaan yang baru bermula akan mengalami kegagalan. Itu perkara biasa untuk semua usahawan”
4. “Dua tahun terawal perniagaan merupakan detik penentu kejayaan atau kegagalan sesebuah perniagaan. Jika anda dapat bertahan selepas dua tahun, itu petanda baik perniagaan anda akan berdaya maju”

Dapatkah anda perhatikan bagaimana saranan-saranan motivasi ini adalah satu pembunuh senyap kepada diri untuk menjadi seorang jutawan.

Kata-kata indah motivasi keusahawanan yang biasa didengar ini, rupanya menjadi dinding yang akan sentiasa menghalangi wang datang kepada seseorang yang menjadi usahawan.

Anda hentikan pembacaan artikel ini sebentar, hayati kembali semula ke empat-empat azimat indah motivasi keusahawanan yang biasa dilafazkan itu.

Apakah yang dapat dirungkaikan bersama?

AKAN BERSAMBUNG..... (www.majalahniaga.com)

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Saturday, 26 November 2011

Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun Hijrah

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.


Pada maghrib sebentar lagi, kita akan memasuki tahun baru 1433 Hijrah.

Justeru, mari kita mengangkat tangan dan berdoa pada Allah SWT untuk mengampunkan segala dosa-dosa kita yang lalu dan mohon supaya Allah menerima segala kerja amal yang kita lakukan.. InsyaAllah.

Doa Akhir Tahun : dibaca 3 kali selepas Asar sebelum Maghrib
Doa Awal Tahun : Dibaca 3 kali selepas masuk waktu Maghrib
p.s : IlhamZahrah Printing mengucapkan Selamat Tahun Baharu Hijrah 1433. Semoga kita semua berusaha untuk berhijrah kepada keadaan yang lebih baik pada masa hadapan... InsyaAllah..

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Thursday, 24 November 2011

Kad Kahwin Zahrah 5

Code : Kad Zahrah 5

Spesifikasi
1- Custom Made (anda boleh design sendiri kad mengikut kehendak)
2- Ready Made (design ada, anda pilih)
3- Saiz A4 Lipat 3
4- Kebiasaannya digunakan untuk sebelah pihak pengantin sahaja.
5- Jenis kad : 260gsm art card (Biasa)
                    : 260gsm art card + matt (SANGAT DICADANGKAN)
                    : 260gsm art card + gloss (Berkilat)

Kelebihan
1- Kemas, elegan dan eksklusif.
2- Corak dan design yang sangat cantik.
3- Kos yang amat-amat jimat.
4- Sesuai bagi bakal pengantin yang mempunyai bajet mampu beli.

Jumlah Tempahan
1- Bilangan minimum tempahan adalah 100 keping.
2- Bilangan lain : 300, 500, 1000, 2000 keping.

Harga
1- Sila hubungi (Balqis 0111-981 4011) @ (En Amin 019-223 1675)
2- Atau email butiran anda pada email ilham_zahrah@yahoo.com

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Kad Kahwin Zahrah 4

Code : Kad Zahrah 4

Spesifikasi
1- Custom Made (anda boleh design sendiri kad mengikut kehendak)
2- Ready Made (design ada, anda pilih)
3- Kad Lipat 2
4- Untuk kedua-dua pihak pengantin
5- Jenis kad : 260gsm art card (Biasa)
                   : 260gsm art card + matt (SANGAT DICADANGKAN)
                   : 260gsm art card + gloss (Berkilat)

Kelebihan
1- Kemas dan eksklusif.
2- Corak dan design yang cantik.
3- Kos yang jimat.
4- Sangat-sangat sesuai bagi bakal pengantin yang mempunyai bajet sederhana.

Jumlah Tempahan
1- Bilangan minimum tempahan adalah 100 keping.
2- Bilangan lain : 300, 500, 1000, 2000 keping.


Harga
1- Sila hubungi (Balqis 0111-981 4011) @ (En Amin 019-223 1675)
2- Atau email butiran anda pada email ilham_zahrah@yahoo.com

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Kad Kahwin Zahrah 3

Code : Zahrah 3


Spesifikasi
1- Custom Made (anda boleh design sendiri kad mengikut kehendak)
2- Ready Made (design ada, anda pilih)
3- Kad Lipat 2
4- Kebiasaannya digunakan untuk sebelah pihak pengantin sahaja.
5- Jenis kad : 260gsm art card (Biasa)
                    : 260gsm art card + matt (SANGAT DICADANGKAN)
                    : 260gsm art card + gloss (Berkilat)

Kelebihan
1- Kemas dan eksklusif.
2- Corak dan design yang cantik.
3- Kos yang jimat.
4- Sesuai bagi bakal pengantin yang mempunyai bajet sederhana.

Jumlah Tempahan
1- Bilangan minimum tempahan adalah 100 keping.
2- Bilangan lain : 300, 500, 1000, 2000 keping.

Harga
1- Sila hubungi (Balqis 0111-981 4011) @ (En Amin 019-223 1675)
2- Atau email butiran anda pada email ilham_zahrah@yahoo.com

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?