IlhamZahrah Printing

Selamat datang ke laman blog rasmi IlhamZahrah Printing [IlhamZahrah@Biz]. Nikmati perkhidmatan percetakan terbaik dan eksklusif hanya daripada kami. -Your Printing World-

Banner dan Streamer

Promosi bulan ini sahaja. Iklankan perniagaan anda dengan menggunakan streamer atau banner dan dapatkannya dengan harga runtuh di sini!!!

Business Cards

Serlahkan kredibiliti anda dengan business cards yang menarik dan eksklusif hanya di IlhamZahrah Printing. -Your Printing World-

Corporate Folder and Bookmark

Fail korporat elegan dan bergaya untuk syarikat anda. Sesuai juga bagi program atau seminar-seminar motivasi. Eksklusif hanya di IlhamZahrah Printing. -Your Printing World-

Wedding Cards

Inginkan kad kahwin yang eksklusif tetapi murah? Tempahlah kad kahwin anda segera hanya di sini!!!

Saturday 11 June 2011

Pablo and Bruno

Dalam berusaha mencapai kejayaan, berbagai cabaran dan rintangan yang dihadapi. Namun, semuanya harus jua ditempuhi dengan tabah. Kita mempunyai impian. Orang lain juga mempunyai impian. Dan ada kalanya kita mempunyai impian yang sama dengan orang lain. Tetapi, adakah usaha kita sama dengan orang lain dalam mencapai impian tersebut? Ada usaha yang dilakukan cukup mudah dan hasilnya memuaskan. Ini biasa dilakukan oleh kebanyakan orang. Ada pula usaha yang dilakukan cukup sukar untuk dilaksanakan, namun hasilnya luar biasa. Hal ini tidak ramai dalam kalangan kita yang mahu menanggung risiko untuk melaksanakannya. Tapi insyaAllah, ia mampu merubah orang biasa menjadi luar biasa...


Mari kita saksikan kisah daripada video ini, adakah kita seperti Pablo atau Bruno ? Renungkan........


Jawapannya di dalam minda kita...

Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian,
Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian..

Berfikir, pertimbangkan, lalu bertindak, InsyaAllah kejayaan milik kita.....wallahu'alam.

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Tuesday 7 June 2011

Amanat Rasulullah SAW Dalam Perniagaan

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihi..

Sesungguhnya kewujudan kita di persada alam ini bukan satu kebetulan atau sekadar untuk hidup semata-mata atau untuk tujuan bermain-main serta memburu keseronokan. Sebaliknya kehidupan yang diberikan dalam jangkamasa yang terbatas ini adalah medan untuk kita memberikan sumbangan dan pemberian sebanyak yang boleh. Segala prasarana dan kemudahan yang diberikan oleh Allah SWT adalah modal untuk kita memulakan perniagaan dengan Pencipta. Beriman dengannya dan melakukan transformasi jihad ekonomi dengan mengorbankan masa, harta serta diri bagi meyumbang ke arah memartabatkan ekomomi ummah adalah transaksi untuk menjauhi diri daripada termasuk dalam golongan orang yang rugi dan menempah azab Ilahi yang tidak terperi..

Dalam memulakan perniagaan, adalah penting bagi kita mengambil Rasulullah SAW sebagai idola dalam perniagaan :
1.    Rasulullah merupakan seorang yang mempunyai kefasihan dalam tutur katanya. Tutur katanya lembut, lunak didengar, tidak pernah berbohong dan sentiasa jujur. Oleh itu,tidak hairanlah apabila baginda mengendalikan perniagaan harta Khadijah, baginda memperoleh keuntungan yang banyak. Terdapat sebuah hadis yang menceritakan kefasihan baginda yang telah diriwayatkan oleh Al-Tarmizi dari Syaidatina Aishah:
Bermaksud: “Adalah Rasulullah berkata-kata dengan perkataan yang terang serta jelaslagi tegas, dapat difahami oleh setiap orang yang mendengarnya (duduk bersama baginda).

2.    Baginda mengutamakan keredhaan Allah dan keberkatan mencari rezeki yang halal supaya perniagaan sentiasa berada dalam garisan syariat dan terhindar daripada corak perniagaan orang-orang kafir yang terdapat unsur penipuan, riba’, pengurangan dalam timbangan dan lain-lain. Oleh itu, kejujuran, amanah, menjaga segala gerak geri dan tutur kata amat penting bagi seorang ahli perniagaan kerana sifat-sifat mulia itu akan menjadikan seseorang peniaga itu dipercayai. Rasulullah melarang jual beli barang yang mengandungi unsur tipu daya.

3.    Rasulullah bekerja keras mencari penghidupan yang halal. Baginda menjalankan perniagaan bukan sahaja untuk menyara kehidupan baginda tetapi juga untuk mengukuhkan potensi baginda agar orang yang kaya tampil ke hadapan untuk menghulur modal mereka untuk digunakan oleh baginda bagi tujuan perniagaan. Muamaalah seperti ini amat digalakkan oleh Islam kerana terdapatnya unsur bantu membantu di kalangan mereka yang berada dan tidak berada. Firman Allah SWT dalam surah Al Ma’idah ayat 2:
Bermaksud: “Dan hendaklah kamu bantu membantu dalam perkara-perkara kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu sekali-kali bantu membantu dalam perkara-perkara kejahatan dan permusuhan.”

4.    Semenjak usia baginda masih kecil lagi, baginda telah berusaha untuk menyara kehidupan dan tidak bergantung kepada bapa saudaranya. Baginda sentiasa berusaha mencari rezeki yang halal seperti menjalankan perniagaan. Perkara ini perlu dijadikan pengajaran dan iktibar bagi anak-anak muda pada masa kini.

5.    Walaupun Rasulullah tidak mempunyai modal sendiri untuk berniaga, baginda sentiasa berusaha untuk menceburkan diri di dalam bidang ini dengan mengambil upah daripada orang-orang yang mempunyai modal tetapi tidak dapat melaburkan modalnya sendiri, mereka memerlukan orang lain untuk menjalankan perniagaanya.

6.    Oleh kerana baginda Rasulullah telah bekerja sejak daripada muda lagi, baginda telah dikenali ramai dengan sifat kejujurannya dan ketekunannya dalam bekerja. Keadaan ini menyebabkan peluang baginda untuk menjalankan perniagaan orang-orang yang memerlukan bantuan adalah cerah.

7.    Perniagaan baginda Rasulullah ke atas harta Khadijah memperlihatkan kepada kita tentang sebaik-baik harta adalah dari hasil sendiri yang dapat dimanfaatkan untuk kebaikan diri sendiri dan masyarakat seluruhnya. Manakala seburuk-buruk kemewahan ialah kemewahan yang diperolehi tanpa kesusahan dan tidak memberi sebarang manfaat kepada masyarakat.

8.    Selepas baginda Rasulullah berkahwin dengan Sayidatina Khadijah, baginda masih tetap menjalankan perniagaan seperti biasa dan menjadi pengurus dan rakan perniagaan isteri baginda sehinggalah baginda diangkat menjadi rasul.

9.    Baginda Rasulullah bekerja sebagai saudagar hanya untuk memenuhi keperluan hidup baginda dan bukan untuk menjadi jutawan kerana baginda tidak pernah menunjukkan kecintaan terhadap kekayaan. Oleh itu baginda menceburkan diri dalam perniagaan semata-mata untuk mencari rezeki yang halal dan memenuhi keperluan hidup seharian. Melalui penglibatannya dalam perniagaan, kita dapati bahawa baginda Rasulullah menjalankan perniagaan dengan penuh kejujuran dan keadilan. Sikap ini membuatkan pelanggan-pelanggan tidak pernah bersungut dan merasa berpuas hati dengan baginda. Tidak pernah terjadi pergaduhan di antara baginda dengan pelanggan. Segala masalah akan diselesaikan dengan sebaik-baiknya. Sikap jujur, adil, amanah dan bertanggungjawab adalah merupakan prinsip asas dalam perniagaan. Prinsip ini sepatutnya menjadi contoh teladan kepada para peniaga dalam menjalankan urusniaga perniagaan.

10.  Baginda Rasulullah sentiasa mengamalkan sikap baik hati dan lemah lembut ketika menjalankan perniagaan. Jabir telah meriwayatkan bahawa Rasulullah telah bersabda yang bermaksud: “Allah SWT mencucuri rahmat kepada orang yang berbuat baik ketika
ia berjual, ketika ia membeli dan ketika ia membuat tuntutan.”

11.  Pertukaran barangan yang diadakan dengan persetujuan kedua-dua belah pihak dalam urusniaga perdagangan merupakan pertukaran yang sah dan halal. Allah melarang manusia daripada mengambil barang orang lain tanpa mendapat persetujuan dan keizinan daripada mereka. Perkara ini penting untuk mengekalkan ketenteraman dan kesejahteraan di dalam masyarakat serta untuk menjaga hubungan baik dan mesra di antara ahli sesebuah masyarakat. Firman Allah SWT di dalam surah Al-Nisa’ ayat 29: Bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan harta yang ada di antara kamu dengan jalan batil melainkan dengan cara jual beli suka sama suka (redha meredhai) di antara kamu.” ‘Jalan yang batil’ termasuklah semua jual beli yang mengikut jalan yang salah yang bertentangan dengan hukum-hukum prinsip Islam dan yang sesat serta tidak
bermoral dan beretika. Semua perniagaan hendaklah dijalankan dengan persetujuan bersama bukan dengan jalan paksaan dan penipuan. Sabda Rasulullah s. a. w. Bermaksud:
“Sesungguhnya jual beli itu hanya sah dengan cara redha meredhai (suka sama suka).

12.  Riba’ dalam apa jua bentuk sekali pun adalah dilarang Allah, manakala semua jenis jual beli yang tidak terkeluar daripada syariat Islam adalah halal.

Harta dan kekayaan yang ada pada kita itu hanya amanah Allah kepada kita..bila kita betul-betul menggunakannya, maka harta itu akan ditambahnya lagi oleh Allah...
Dan bila harta itu tidak digunakan dengan betul, Allah akan menariknya kembali dan berinya lagi jika kita insaf..
Ujian ini berjalan dari masa ke masa..sehingga terhenti takala hembusan nafas yang terakhir...
Wallahua’alam..

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?